Wednesday, January 11, 2017

AWAS !!! ELAKKAN SKIM PELABURAN EMAS DAN SKIM CEPAT KAYA


Dalam keghairahan orang ramai  mengenai pelaburan emas banyak kali juga kita terbaca dan terdengar beberapa individu dan syarikat tertentu yang mengambil kesempatan untuk memperdaya pelabur dan bakal pelabur. Sedih juga bila membaca berita begini....

Biasanya, modus operandi syarikat / individu tersebut adalah seperti berikut:

a) Menawarkan pemberian keuntungan/faedah/hibah (atau apa sahaja bentuk wang tunai)  secara bulanan/tahunan walau pun anda belum lagi menjual balik emas. Secara logik anda kena tanya diri sendiri macaman boleh dapat untung sedangkan emas belum dijual....

b) Menawarkan anda membeli emas hanya dengan membayar sebahagian harga sahaja. Contoh 30% atau 35% sahaja, baki 70% atau 35% lagi akan diuruskan oleh syarikat/individu dengan menambah sakali ganda lagi emas fizikal yang anda beli. Kalau anda beli 100gram emas, dan bayar 30%/35% sahaja, syarikat akan "beri" anda 100 gram lagi, menjadikan anda sebenarnya membeli 200 gram emas. Kesemua 200 gram emas tersebut dipajak di ar-Rahnu atas nama anda dan duit pajakan anda kena bayar kepada individu/syarikat tersebut. Ini bermakna emas fizikal tidak berada di tangan anda tetapi dipajak di Ar-Rahnu. Anda kena isi borang perjanjian dan bayar sedikit fees. Biasanya harga emas yang dijual kepada anda adalah amat tinggi berbanding pasaran dan anda ditawarkan sekiranya tidak mampu menebus balik emas tersebut di akhir tempoh pajakan, mereka (individu/syarikat) akan tolong tebus.

Anda boleh lihat senarai skim-skim pelaburan yang tidak diiktiraf di laman web Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my  (Alert list)

Oleh itu kepada pelabur/bakal pelabur berwaspadalah supaya tidak menyesal kemuadian hari. Kalau nak beli emas, belilah secara biasa, iaitu beli emas, bayar dan pastikan anda dapat emas. Untung diperolehi bila jual emas pada harga tinggi. Jangan terpedaya dengan skim itu dan skim ini dan surat perjanjian walaupun menggunakan istilah islamik seperti hibah, mudharabah atau sebagainya dan perkauman seperti bumiputra, melayu, Islam dan sebagainya.

Di sini dipaparkan beberapa berita mengenai skim pelaburan emas yang berkenaan sekadar untuk renungan dan kita berhati-hati supaya tidak terlibat dengan kaedah pelaburan yang salah dari segi undang-undang dan seterusnya menjadi pengajaran kepada kita.

Ini adalah kisah yang dipaparkan di akhbar Harian Metro bertarikh 22 Mac 2010.
Modus operandi  syarikat sangat mudah.
Mereka menjual jongkong emas yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran (RM150/gram).
Namun pelabur tertarik untuk membuat pelaburan kerana bagi setiap 100gram yang dibeli mereka dijanjikan pulangan tetap RM300 sebulan selama 8 bulan. Syarikat memberikan jaminan akan memulangkan modal mereka setelah tamat kontrak.

Malangnya sebelum tamat kontrak syarikat mengatakan menghadapi masalah aliran wang tunai yang tidak mencukupi. Anda boleh baca sendiri keratan akhbar di bawah:
Apa yang berlaku selepas itu?

Syarikat tersebut hanya mampu membayar pulangan untuk beberapa bulan awal.
Selepas itu syarikat tak boleh bayar. Alasan yang diberikan ialah aliran wang tunai tidak mencukupi. Jadi timbul persoalan di sini...takkan syarikat yang berniaga emas boleh menghadapi masalah alirang wang tunai ???? Bukankah syarikat yang  buat skim pelaburan emas sepatutnya kaya raya...??
Ini tidak lain kerana syarikat yang membuat skim seperti ini  menjalankan skim ponzi  (apa itu skim ponzi? Klik di sini )

Mereka menggunakan wang dari pelabur baru untuk membayar pelabur lama. Apabila bilangan pelabur baru berkurangan, syarikat akan mengalami kekeringan dana untuk membayar pelabur sedia ada. Akhirnya keseluruhan syarikat akan runtuh.

Kesannya ramai yang takut dan was-was bila mendengar perkataan pelaburan emas. Sedangkan pelaburan emas adalah selamat, menguntungkan dan meyakinkan. (Ingat : pelaburan emas dan skim pelaburan emas adalah berbeza. Apabila terdapat skim itu dan skim ini...awas...ia mungkin skim cepat kaya)
Nampaknya pelabur-pelabur terutama orang Melayu mudah gelap mata terutama apabila dijanjikan skim pelaburan emas yang memberikan pulangan setiap bulan. Kita seharusnya bertanya sendiri, jika emas belum dijual balik dari mana syarikat mengaut duit yang diberikan kepada kita setiap bulan?

Terdahulu, syarikat-syarikat lain yang turut menawarkan skim pelaburan emas turut diserbu oleh Bank Negara Malaysia.
Kes Bestino Group (17 Jun 2009)
Kes Etika Estet dan Genneva Sdn Bhd (21 Julai 2009)
Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Menyerbu Bestino Group
Etika Emas Estet dan Genneva Sdn Bhd Disiasat
Oleh Bank Negara Malaysia
Laporan Akhbar Mengenai Skim Cepat Kaya Melibatkan Emas
The Star 13 Julai 2009 menyiarkan laporan khas mengenai skim cepat kaya. Laporan tersebut menunjukkan  pelabur-pelabur Malaysia kehilangan sejumlah RM845 juta di dalam skim-skim cepat kaya. . Peerggghhhh...banyak tu.....
RM845 juta wang pelabur hangus dalam Skim Cepat Kaya
Dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus operandi syarikat-syarikat skim cepat kaya . Antaranya syarikat pelaburan burung layang-layang, keahlian restoran, dan pelaburan emas.
Laporan Akhbar The Star
Skim Pelaburan Emas Yang Diragui Kesahihannya
TERBARU
Laporan Akhbar Harian Metro 20 April 2012 Mendedahkan
Terdapat Sindiket  Yang Menggunakan Emas Celup Dalam Proses Gadaian

Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?
1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu

Nak cepat untung - sebab nak cepat untung, nak cepat kaya....semua nak cepat
Kurang ilmu - bila kurang ilmu kita senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insya Allah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim cepat kaya.
Apabila bercakap ilmu pelaburan, mari kita lihat apa yang dikatakan oleh Warren Buffet t. Beliau adalah tokoh pelabur terulung di dunia.

Dari segi kekayaan, beliau adalah orang kedua terkaya di dunia. Beliau pernah berkata:
" Risk come from not knowing what you're doing" (Risiko datang apabila anda tidak tahu apa yang anda lakukan)
Kesimpulan
1. Skim cepat kaya akan terus wujud dulu, kini dan selamanya. Berhati-hatilah...
2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur. Carilah ilmu sebanyak mungkin. Di laman web ini saya akan berkongsi ilmu apa yang sathu dan saya juga tidak berhenti menimba ilmu dulu kini dan selamanya.
3. Pelaburan emas sangat menguntungkan kalau kena cara dan tekniknya. Pastikan anda berjual beli emas, bukan terlibat dengan skim yang bukan-bukan.

No comments:

Post a Comment

Macam mana nak jana income bersama ORODESIGN by Amethyts ni? *1. Ahli / Dealer* 🎯Mendaftarlah jadi ahli/dealer Orodesign dengan modal sere...