Pendedahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong mengenai ramai penjawat awam dibelenggu masalah keterhutangan yang serius menjadi topik hangat suatu masa dahaulu. Malah sebelum pengumuman itu pun dipercayai masalah tersebut telah lama berlaku. Tidak mustahil ianya juga masih berlaku sekarang. Jika tidak dibelenggu masalah tersebut mungkin menjejaskan prestasi kerja mereka.
Ramai penjawat awam yang membuat potongan melebihi 60% dari gaji mereka dan ini ditafsirkan sebagai keterhutangan yang serius. Ini belum diambilkira hutang mereka dengan along dan pihak lain yang tidak ditunjukkan di slip gaji. Kalau dikira dengan jumlah ini, pasti lebih membimbangkan.
Dalam hidup serba moden ini, semua orang ada mempunyai hutang. Hutang membeli rumah, kereta, perabut dan lain-lain. Sebenarnya hutang bukanlah menjadi masalah kalau ia untuk perkara berfaedah tetapi ramai penjawat awam yang berhutang untuk membeli liabilit itu yang lebih membimbangkan. Contohnya, seorang kerani membeli kereta yang agak mewah tidak sepadan dengan pendapatan. Bukan sahaja dibebani dengan bayaran bulanan, sudah tentu kereta mewah tersebut juga perlu diisi dengan petrol dan kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Apa salahnya jika membeli kereta sederhana di mana kos petrol dan penyelenggaraan juga lebih rendah.
Allahyarham Y.Bhg Dato' Salleh Majid, bekas pengerusi Bursa Saham Malaysia pernah menyerankan penjawat awam supaya membeli emas sebagai simpanan dari mereka membeli perkara-perkara yang menjadi liabiliti.
Kakitangan Kerajaan Disaran Menyimpan Emas
Emas jika disimpan lama harganya akan meningkat dan secara tidak langsung membantu penjawat awam menambah pendapatan apabila harganya semakin naik. Mungkin mereka tidak mampu untuk membeli rumah/hartanah sebagai pelaburan kerana harganya yang terlalu mahal, tetapi mereka boleh memulakan memlabur/membeli emas dengan modal permulaan yang kecil dan dibeli sedikit demi sedikit, contohnya 1Dinar setiap bulan atau dua bulan sekali.
Bayaran bulanan membeli kereta mewah lebih tinggi dan melibatkan
liabiliti tambahan seperti kos petrol dan penyelenggaraan bulanan.
liabiliti tambahan seperti kos petrol dan penyelenggaraan bulanan.
Jika mereka bijak menyimpan emas sebagai aset masa hadapan, ia juga boleh membantu mereka apabila pencen nanti. Dengan menyimpan emas ketika mereka masih mampu dengan menerima gaji bulanan, ia mungkin membantu mereka setelah pencen nanti kerana wang pencen tidaklah sebanyak wang gaji ketika berkerja. Simpanan emas yang masih ada boleh digunakan untuk menampung kekurangan tersebut.

No comments:
Post a Comment