Friday, June 24, 2016

6 LANGKAH MEMULAKAN BISNES DI FACEBOOK . WAKTU INVITE PAGE 3LANGKAH PENGARUH UNTUK MEMBELI

6 LANGKAH MEMULAKAN BISNES DI FACEBOOK


.
Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa bisnes macam susah nak dapat momentum? Orang banyak tanya tapi tak beli. Dah letih update posting di wall sendiri, di group dan tag kawan-kawan?
.
Nah! Saya kongsikan 6 langkah yang wajib anda lakukan untuk memulakan bisnes yang menguntungkan di Facebook. Teruskan membaca.
.
1) Disarankan untuk guna page sebagai platform berniaga di Facebook. Ini memberikan kelebihan supaya dapat memaksimakan fungsi Fb Ads. Kos iklan RM3 untuk paparan kepada anggaran 500 ~ 1000 orang, ini mempercepatkan hebahan bisnes anda kepada golongan sasaran!
.
2) Pujuk, belai dan bina kepercayaan bakal pelanggan anda terlebih dahulu. Tanpa rasa percaya, tiada siapa akan sudi berurusniaga dengan anda. Bagaimana caranya? Gunakan kaedah storytelling!
.
3) Gunakan nama betul pada akaun personal Facebook dan letakkan gambar sebenar. Ini sebagai tanda anda telus dan serious untuk berurusniaga dengan sesiapa juga. Bukannya letak gambar kereta, gambar anak dan sebagainya.
.
4) Setiap bakal pelanggan mempunyai keperluan yang berbeza jadi jangan layan mereka dengan cara yang serupa. Jangan malas melayan dan menjawab soalan bakal pelanggan. Adakah anda sendiri suka dilayan sebegitu? Pasti tidak!
.
5) Jangan sombong! Rajin-rajinkan diri untuk LIKE, COMMENT atau SHARE posting rakan lain. Anda juga akan mula perolehi perhatian dari mereka, posting anda pula akan mereka balas dengan LIKE, COMMENT atau SHARE. Ucapkan terima kasih kepada mereka, buatkan mereka rasa kehadiran mereka dihargai.
.
6) Pastikan posting anda KELIHATAN KEMAS dan ejaan penuh! Jangan gunakan terlalu banyak simbol berulang-ulang. Contohnya, 🔊🔊 Saya Jual!!! Mesti beli sebab murah!!! ♥♥♥
.
7) Jangan terlalu ghairah untuk ceritakan dan senaraikan semua kebaikan produk anda. Dari penyakit kurang bulu, penyakit gout hinggalah ke masalah lemah tenaga batin, semua produk anda boleh settlekan! Tudia hebat baq hang! Ini sebenarnya membuatkan bakal pelanggan hilang fokus dan akhirnya tidak membeli.
.
Eh! terlebih pulak 1 tips :) saya kata nak beri 6 sahaja. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Salam kejayaan buat semua!
.

.
p/s: Terima kasih baca hingga habis. Adakah perkongsian ini bagus untuk anda? 
JIKA YA WHATSAPP ME +601117972983


BILA WAKTU TERBAIK UNTUK INVITE KE PAGE?


.
Alhamdulillah ramai yang berikan respon untuk dapatkan tips ini. Malah ada beberapa orang yang mesej saya untuk bertanyakan jawapannya. Terdapat 2 cara yang boleh anda gunakan untuk mengetahui waktu terbaik menggunakan butang INVITE tersebut.
.
1) Pastikan rakan yang ingin anda INVITE sedang ONLINE. Anda boleh ketahuinya melalui ruangan CHAT. Anda boleh nampak rakan online dan itu adalah saat terbaik untuk INVITE.
.
2) Satu lagi cara adalah dengan melihat ACTIVITY TICKER di sebelah kanan. Anda boleh nampak update rakan LIKE, COMMENT dan sebagainya. Ini menandakan mereka sedang aktif mengadap Facebook maka itulah waktu terbaik untuk INVITE.
.
Punca utama kegagalan penggunaan butang INVITE adalah kerana anda tidak dikenali, hanya sekadar add friends, page tidak menarik dan anda invite waktu rakan tidak online:)
.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.
.

.
p/s: Teknik ini terpakai untuk paparan menggunakan browser sahaja.

3 CARA MUDAH UNTUK PENGARUHI BAKAL PELANGGAN SUPAYA MEMBELI


.
Terima kasih kepada semua yang sudi respon pertanyaan saya kelmarin, nampaknya memang perlu saya kongsikan supaya ramai yang dapat manfaatnya.Berikut ialah 3 tips yang penting untuk mempengaruhi bakal pelanggan supaya membuat pembelian.
.
1) Ketahui dengan jelas perbezaan antara manfaat dan ciri-ciri produk. Sebagai contoh, ciri-ciri adalah fungsi atau keadaan fizikal produk tersebut manakala manfaat adalah kebaikan yang bakal pelanggan akan perolehi. Jangan memaksa bakal pelanggan hadam ciri-ciri enjin tanpa jelas apa kebaikan yang bakal mereka dapat.
.
Salah: 'Kereta ini menggunakan enjin teknologi terkini.'
Betul: 'Kereta ini menjimatkan penggunaan minyak.'
.
2) Gunakan bahasa yang mudah difahami. Kadangkala usahawan hanyut dalam kehebatan produk mereka maka penjelasan yang diberikan kepada bakal pelanggan menjadi berbelit. Mereka lebih mudah menerima dan faham dengan manfaat yang akan diperolehi menggunakan perkataan yang meyakinkan serta menyentuh emosi.
.
3) Jangan berikan terlalu banyak contoh manfaat produk. Bakal pelanggan sukar untuk memahami terlalu banyak input dan buatkan minda mereka keliru lalu akhirnya menyusahkan mereka untuk buat keputusan sama ada mahu beli atau tidak.
.
Salah: 'Ini ialah 10 kebaikan menggunakan produk kami."
Betul: '2 perkara penting yang perlu anda ingat ialah..'
.
4) Jadikan manfaat yang anda tawarkan pada produk adalah kukuh. Bakal pelanggan cenderung untuk mengabaikan maklumat yang abstrak dan tidak jelas. Berikan penjelasan tentang manfaat dengan spesifik.
.
Salah: 'Kami boleh bantu meningkatkan jualan anda.'
Betul: 'Kami bantu anda meningkatkan jualan anda sehingga 400%'
.
Eh, terlebih satu tips! Patutnya 3 aje kan? Tapi mentor saya kata, give more and you'll get more.
.
Anda sukakan tips sebegini?
Semoga bermanfaat!
.

.
p/s: Kongsikan posting ini supaya rakan anda juga dapat manfaat kebaikan darinya.
Soalan Paling Common Orang Tanya,Macam Mana Nak Berjaya Eh?
Senang Sahaja,Kena BERMULA.Macam Mana Nak Berjaya Kalau Tak Start Ambil Tindakan,Tak Ubah Sikap Dan Tak Start Cari Ilmu?
Kalau Bukan Anda,Siapa?Kalau Bukan Sekarang,Bila?
     " FAILURE IS NOT AN OPTION "
kalau ada peminat emas tegar...
Kite sama2 teroka ilmu emas ni
Dari duit dapat emas..
Dari emas dapat duit........
Nk berjaya kena usaha....
Amin....
Jom kite kongsi ilmu emas....
Whatsappn01117972983
Like page
https://www.facebook.com/groups/938180089564158/ 

No comments:

Post a Comment

Macam mana nak jana income bersama ORODESIGN by Amethyts ni? *1. Ahli / Dealer* 🎯Mendaftarlah jadi ahli/dealer Orodesign dengan modal sere...