Saturday, June 18, 2016

KESILAPAN YG PERLU DIELAKKAN SEMASA MEMULAKAN SIMPANAN EMAS💍💎


✏Melabur Ikut Orang Tanpa Ilmu..
Bukan Emas yang membuatkan kita kaya sepenuhnya..Tetapi ILMU kita tentang emas yang akan membuatkan kita lebih kaya.Lagi tinggi Ilmu,lagi banyak untung yang akan kita dapat dalam mana2 perlaburan atau simpanan sekali pun.
Cth: Orang beli emas.Kita beli.Tapi kita x tahu macam mana nak memfungsikan emas tersebut.Masa terdesak pon x pandai nak guna emas.

✏Tunggu Harga Emas Paling Murah Untuk Buat Belian Pertama
Kebiasaannya,masalah kita.Bila ajak orang simpan emas😩Jawapan nya mesti.Nanti tunggu emas murah.Saya beli ye..
Pembeli sebenarnya tidak akan faham bila harga emas rendah,selagi mereka belum buat belian pertama,sebab mereka belum ada benchmark atau tanda aras tersendiri.Bagusnya bagi yang dah celik emas dan sedar emas ini adalah perlaburan jangka masa panjang.
Cara yg paling baik adalah:
Galakkan mereka untuk cuba beli emas pertama seringan 0.5g untuk permulaan.Lepas itu barulah boleh monitor perkembangan harga emas😊

✏Membeli Barangan Kemas
Jangan terkejut pula..😁Barang kemas juga adalah emas dan bagus untuk dibeli.Tetapi hakikatnya,Emas ada banyak fungsi dan banyak bentuk.So,apa fungsi pelbagai bentuk emas ini?Emas yang dibuat barang kemas adalah lebih kepada untuk kecantikan dan memberi tarikan yang unik kepada si pemakai.Harga untuk barang kemas kebiasaannya lebih mahal daripada emas untuk perlaburan dalam bentuk bar dan coin.Barang kemas sentiasa dimanipulasi oleh upah daripada pekedai.Spread juga tinggi dalam 25%.Ia lebih menguntungkan jika kita tahu bila masa yang sesuai untuk memfungsikan emas tersebut.

MOGA BERMANFAAT

No comments:

Post a Comment

Macam mana nak jana income bersama ORODESIGN by Amethyts ni? *1. Ahli / Dealer* 🎯Mendaftarlah jadi ahli/dealer Orodesign dengan modal sere...