Saturday, June 18, 2016

🔍PANDUAN MENGESAN EMAS PALSU🔎


-Pakai Barang kemas itu sekurang-kurangnya sehari. Klau kita dapat sebarang tanda pada kulit atau perubahan warna, emas itu mungkin palsu

-Cucukkan jarum dengan lembut pada emas yg ingin diuji. Jika jarum tidak patah, emas kita mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

-Letakkan barang kemas hampir kepada magnet, emas tulen tidak mempunyai sebarangsifat tarikan magnet. Petua ini sesuai untuk emas BESAR dan TEBAL seperti Jongkong emas dll. Jika kita rasa barang kemas seperti melekat pada magnet berkenaan, ia adalah palsu.

-Kalau barang kita berupa rantai atau gelang boleh diputar, DENGAN LEMBUT & PERLAHAN cuba pulas barang kemas itu. Ia seakan-akanboleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan pada emas 14 karat ke bawah)

-Cuba tengok pada CANGKUK @ PENYAMBUNG EMAS, kualiti emas ditanda seperti 999, 916 dan sbagainya. Ada juga bentuk seperti gambarajah orang berlari dan bentuk rumah sebagai tanda kualiti emas.Kebiasaanya emas ini di jual oleh peniaga Cina.

-Jika ditandai seperti GP (Gold Plated-Saduran Emas) atau ZGP (Zhulian), ia bermaksud emas celup. Tanda bertindan atau banyak berkemungkinan adalah PALSU.

-Kalau anda tidak sayang pada emas anda, cuba toreh ia pada batu hitam berkali-kali. Lihat sama ada warna emas bertukar kepada putih berkilat seperti warna perak atau kekal. Hanya 2 logam yang menghasilkan torehan kuning iaitu emas & tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan warna kuning.

-Emas tidak mempunyai bau. Cuba gosok emas anda pada seluar jeans sehingga panas & dapatkan baunya. Jika besi, baunya seakan bau ferum (bau ikan), emas tidak punyai bau.

-Jika ia JONGKONG yg ditulis berat padanya, sila timbang beratnya skali lg, MESTI TEPAT bacaan. Biasanya, jongkong palsu tidak mempunyai berat tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen namun, menggunakan logam lain. Emas adalah logam paling padu dan tiada logam lain mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz sama.

-Pernah tengok filem koboi..? Cara mereka menguji ketulenan emas adalah menggigit emas untuk mengesah ketulenannya. Ia mungkin sedikit fiksyen namun cara ini betul. Sifat emas tulen lembut dan apabila cuba menggigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras tidak seperti anda gigit batang paip. Yang penting, PASTIKAN GIGI ANDA ADA & CUKUP KUAT ya😋


HATI KITA ROH KITA

Bukan Kita Yang Sakit Jiwa, Orang Dalam Diri Kita Yang Sakit Jiwa. Bukan Kita Yang Saki Hati, Orang Dalam Diri Kita Tu Yang Sakit Hati. Bukan Kita Yang Takda Rezeki, Tapi Orang Dalam Tu Yang Takda Rezeki.
Puncanya Adalah Orang Dalam Kita. Sebenarnya Orang Dalam Tu La Yang Boleh Bantu Kita Untuk Hidup BAHAGIA. Mungkin Orang Dalam Kita Tu MERAJUK. Sebab Kita Dah Tak Kenal Dia. Cuba Pujuk Dia Baik - Baik.

Tarik Nafas Dalam - Dalam  ( 3 X ) Katakan Dan Rasakan " Aku Semakin Tenang Dan Tenang "( 3 X ) Bagi Salam Dan Sedekahkan Al - Fatihah Kat Dia. Bisikkan Pada Dia Dengan Suara Hati Yang Ikhlas. " Maafkan Aku Sebab Lupakan Kau. Aku Sedar Kesilapan Aku Dulu. Aku Janji Lepas Ni Akan Sentiasa Dengan Kau. Aku Sayang Kau". Aku Nak Kau Bimbing Aku Ke Jalan Yang Betul. Aku Nak Jadi Insan Yang Baik - Baik. Moga Kita Bersama Dapat Menjalani Kehidupan Yang Bahagia Di Dunia Dan Akhirat. Amin....
-Credit to Tuan Roy Fadzil

No comments:

Post a Comment

Macam mana nak jana income bersama ORODESIGN by Amethyts ni? *1. Ahli / Dealer* 🎯Mendaftarlah jadi ahli/dealer Orodesign dengan modal sere...