[PENCARIAN DEALER EMAS HARGA KILANG] ✔Stok disediakan. Ready stok 10 kilo ✔Urusan 100% online ✔Website di sediakan ✔Boleh lock barang sendiri anytime anywhere ✔Pengurusan pos dibuat oleh pihak kilang ✔Barang? 💍Goldbar 999.9 dr 0.25g sampai 100g 💍Dinar 999.9 💍Barang kemas 916 💍Barang kemas 999 💍Barang kemas 999 SE with New Technology eKatalog http://view.orodesign.biz
Friday, June 24, 2016
9 KESILAPAN YANG MEMBUNUH PERNIAGAAN TANPA SEDAR!
Sentiasa memperbaiki strategi bisnes, adaptasi situasi serta pelbagai elemen lain adalah teras kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Saya kongsikan beberapa tips yang diperolehi dari pemerhatian terutamanya daripada usahawan yang baru bermula.
.
1) Terpedaya dengan semangat, bukan pada idea yang realistik.
.
Mungkin bisnes anda kelihatan begitu menguntungkan dan hebat tetapi tanpa validasi sebenar, anda mungkin sedang menjunam ke arah kegagalan. Sebelum anda melaburkan masa dan wang ringgit kepada idea anda, luangkan masa untuk validasi. Bertanya pada pakar dan dapatkan pandangan dari mereka.
.
2) Gagal memasarkan bisnes pada kadar segera!
.
Terlalu banyak idea perniagaan yang melingkup kerana progress yang terlalu perlahan. Jangan terlalu lama merencana strategi. Yang terbaik adalah, siapkan produk pertama dan lihat reaksi bakal pelanggan. Jangan terlalu hanyut dengan ciri-ciri hebat pada produk atau bisnes yang sudahnya tak ke mana.
.
3) Ambil terlalu banyak nasihat.. atau tidak ada langsung!
.
Pendapat yang bernas mampu membuatkan bisnes anda lebih maju atau mungkin terlungkup. Jangan hanya REDAH MENGCABB*RY BUTA! (Kesalahan ejaan disengajakan). Manakala terlalu banyak feedback juga boleh buatkan kita jadi keliru. Bina perhubungan dengan usahawan berpengalaman dalam industri anda.
.
4) Tak perlu MARKETING!
.
Sambil lewa berniaga membuatkan bisnes anda juga sambil lewa berkembang dan mungkin juga sedang kechut berterusan. Ramai usahawan sangka idea hebat mereka boleh berkembang dan terus diterima bakal pelanggan. TANPA MARKETING BISNES TAKKAN BERKEMBANG!
.
5) Membuat keputusan yang salah tentang MODAL!
.
Tanpa duit, bisnes anda mungkin takkan mampu dilaksanakan - satu rumusan mudah. Tetapi apa yang lebih ringkas ialah BERAPA YANG DIPERLUKAN? dan DIMANA UNTUK MENDAPATKANNYA? Jangan terjebak dengan hanya fikir DUIT DUIT DUIT tetapi sebenarnya tidak jelas struktur kewangan yang diperlukan.
.
6) Terlalu kedekut melabur!
.
Kunci bisnes adalah untuk memastikan semua perbelanjaan adalah rendah, betul? SALAH! Kadangkala adalah berbaloi melabur perbelanjaan sesuatu perkara lebih tinggi sekiranya ia mampu menjana pelanggan yang lebih banyak. Mungkin dari segi imej syarikat, pakaian pekerja dan sebagainya.
.
7) Strategi merendahkan harga!
.
Kononnya untuk memastikan harga produk adalah berpatutan. Bagaimana sekiranya anda letakkan harga yang membantu anda jana lebih pendapatan? Jangan terperangkap dalam mindset bahawa harga yang rendah akan menarik lebih perhatian. Apabila syarikat gagal perolehi keuntungan, ianya akan membawa kepada masalah lain seperti aliran tunai bermasalah dan juga tekanan perasaan. Menaikkan harga juga adalah antara strategi pemasaran yang mudah!
.
8) Tamak! Kejar semua peluang.
.
Usahawan yang terlalu rakus mengejar peluang akhirnya akan tersandar keletihan tanpa perolehi apa yang mereka impikan. Ianya boleh jadi pembunuh dalam senyap apabila anda hilang fokus kepada matlamat utama. Menentukan sempadan kepada sasaran anda adalah penting!
.
9) Gagal sampaikan mesej dengan jelas!
.
Ini adalah antara punca utama mengapa pemasaran itu menjadi gagal. Apabila bakal pelanggan tidak memahami apa yang kita sampaikan dalam kempen iklan dan sebagainya, maka tindakan susulan pembelian tidak berlaku.
.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam mana nak jana income bersama ORODESIGN by Amethyts ni? *1. Ahli / Dealer* 🎯Mendaftarlah jadi ahli/dealer Orodesign dengan modal sere...
-
POWER GOLD Owner = Muslim (bayar zakat) Konsep Perniagaan - 3 dlm 1 (Saving, Trading & Networking) Boleh dilakukn secara online &...
-
Profil Syarikat Powergold Dot Biz Sdn. Bhd. (1036711-K) No.886, Taman Kempas, 09000 Kulim, Kedah 100% milik Bumiputera yang t...

No comments:
Post a Comment