Ar Rajihi pengasas bank Rajhi merupakan bilionair Saudi dan dianggarkan hartanya bernilai 25 bilion riyal Saudi serta merupakan orang Arab yang ketujuh terkaya.
Dia menceritakan dia datang dari keluarga yang sangat miskin sehinggakan apabila sekolah menganjurkan lawatan yang yurannya 1 riyal keluarganya tidak mampu memberinya walaupun dia menangis berusngguh-sungguh hendak pergi.
Sehari sebelum lawatan dia berjaya menjawab soalan dalam kelas dan gurunya memberi hadiah 1 riyal. Tanpa berfikir panjang dia terus guna 1 riyal itu untuk bayar yuran lawatan sekolah dan kesedihan dia bertukar serta merta menjadi kegembiraan dan kebahagiaan selama berbulan-bulan kerana dapat pergi lawatan sekolah.
Setelah dia menjadi kaya dan alhamdulillah suka membuat kerja kebajikan dia teringat kegembiraan yang pernah diberi oleh guru Palestin itu kepadanya. Kemudian dia mencari guru tersebut dan dia mendapati guru itu hidup dalam keadaan susah tiada kerja dan hendak meninggalkan tempat itu.
Lalu dia berkata "Wahai guru saya hendak membayar hutang yang besar kepada kamu" gurunya berkata "tiada orang berhutang dengan saya" Rajihi berkata "Adalah kamu masih ingat dahulu kamu memberi 1 riyal kepada budak yang menjawab soalan kamu?". Kata gurunya sambil tersenyum "ooh itu, adakah kamu mahu membayar 1 riyal itu semula?.
Kata Rajihi "Ya, mari ikut saya sekarang". Rajihi membawa gurunya menaiki kereta dan menghantarnya ke sebuah villa dan dia berkata"wahai guru, saya bayar hutang kamu 1 riyal dahulu dengan villa ini dan kereta itu milik kamu, serta gaji sepanjang hayat untuk kamu dan anak-anak kamu diberi kerja di syarikat".
Gurunya "Ini terlalu banyak dan tidak padan dengan apa yang saya beri dulu". Kata Rajihi " Kegembiraan akibat 1 riyal yang kamu beri dahulu kepada saya jauh lebih besar dari kegembiraan kalau saya mndapat berpuluh-puluh villa seperti ini sekarang dan saya masih teringat kenangan manis kegembiraan tersebut sampai ke hari ini".
Sumber : www.bawabatii.com

No comments:
Post a Comment